Selasa, 3 Disember 2019

BBM3410Satu2019: Ulasan Buku Eh!!! Media Sosial


Assalamualaikum semua gambar di atas adalah dua buah buku yang sama tetapi berbeza bahasa warna hitam penulisan bahasa melayu manakala warna putih dalam bahasa
Inggeris.





Buku Eh !!! Media Sosial telah menyatakan tentang media sosial seperti akaun media sosial yang selalu digunakan oleh masyarakat merangkumi tw itter dan trend terkini, facebook, instagram,e-mel, blog, isu dalam media sosial dan implikasi pedogogi pengajaran. Pada bahagian bab satu telah menyatakan ulasan tentang tarikan utama media sosial yang menjadi sumber sumber dalam kelas, berita dan kerja serta menggalakan perlibatan pelajar dalam media sosial untuk berkongsi tentang pembelajaran bahasa. Perkembangan tekonologi ini telah menjadi sumber kemudahan untuk pengajaran dilakukan. Sistem pengajaran media sosial ini telah menjadi sumber efektif untuk para pelajar selain di dalam bilik darjah. Dalam bab ini terdapat juga etika dalam media sosial dari segi permilihan kata dalam ayat. Hal ini telah menyatakan gambaran keseluruhan dalam media sosial.
Selain itu, dalam bab 2 satu kajian penulisan dalam twitter yang menjadi satu trend terkini dalam penulisan isu. Hal ini dapat dilihat apabila remaja pada masa kini lebih berminat membaca twitter untuk mengetahui info semasa.Pada masa yang sama cara untuk membuat akaun twitter  juga telah diajar dalam bab ini bagi memberikan pengetahuan kepada pembaca. Pengguna twitter di seluruh dunia 1.3 bilion dan ini dapat menyatakan bahawa twitter lebih ramai pengguna daripada akaun media sosial lain kerana twitter lebih pantas dan cekap dalam menyampaikan info berbanding facebook.
Di samping itu, pada bab 3 buku Eh!!! Media Sosial telah mengunakan menyatakan penulisan tentang facebook dari segi hasil penyelidikan yang dilakukan dalam kajian facebook. Penulisan dalam facebook lebih terbuka dan dalam akaun ini kita boleh berkongsi aktiviti harian kita, membuat naik gambar,video tentang aktiviti. Walaupun akaun facebook sudah tidak ramai menggunakan kerana sudah bertukar kepada akaun twitter yang lebih maju. Hal ini telah menyebabkan akaun facebook menambah banyak lagi kelebihan untuk menarik minat pembaca. Pada masa yang sama penggunaan akaun ini dalam kalangan pelajar bagi melakukan tugasan pengajian untuk melihat medium komunikasi secara lebih luas.dari segi pengetahuan pengajaran facebook masih lagi menjadi pilihan utama para guru.

Seterusnya, Perkembangan media sosial telah menyebabkan banyak lagi akaun telah di cipta seperti akaun instagram menyeronokkan kerana akaun ini membolehkan ahli berkongsi gambar dan video dan mempunyai kualiti yang menarik. Seperti pengkongsian cerita dan setiap gambar boleh di komen dan suka.penggunaan akaun ini telah membantu para pelajar untuk berkongsi gambar tugasan mereka lebih menarik. Penggunaan akaun ini juga telah membolehkan mereka berkongsi gambar mengikut kreativiti mereka. Dalam instagram mempunyai satu kelebihan iaitu, kapsyen dengan menggunakan ayat untuk menarik minat orang membaca dari segi nota penting.setiap cerita pendek boleh dikongsi di akaun instagram dengan pengguna kata menarik.





Sehubungan dengan itu, penggunaan e-mel masih popular pada masa kini kerana melalui e-mel membolehkan mereka membuat perhataran mesej, gambar dan juga video. Penggunaan e-mel yang popular adalah google, yahoo. Dalam bab ini telah mengajar cara dan kaedah untuk membuat akaun e-mel. Penggunaan e-mel dapat memotivasikan pelajar dari segi kemahiran mereka untuk berkomunikasi dalam bahasa kedua iaitu bahasa asing. Mesej dalam e-mel boleh ditulis lebih banyak daripada media sosial lain
Dalam bab 6 penulisan   dalam blog di dalam kelas bahasa dari segi kaedah kita dapat berkongsi cerita untuk kehidupan harian. Isu dalam rangkain sosial dalam kalangan pengguna.pada masa yang sama penggunaan blog juga membantu seseorang untuk membuat penulisan bahan kajian , jurnal.bagi pelajar penggunaan blog ini baik kerana dapat meningkatkan lagi kemahiran menulis mereka dalam membuat penyataan ayat dalam media sosial. Pada bab 7 isu rangkaian sosial dalam kalangan pengguna yang banyak membantu mereka dalam kehidupan seharian. Hal ini juga menyatakan masalah tidak baik berlaku kerana terdapat penulisan bahasa tidak sesuai berlaku dalam media sosial.

 Akhirnya, implikasi pedagogi iaitu kaedah pemgajaran dan pembelajaran dalam mengajar dalam komunikasi media. Kaedah ini telah membantu para pelajar untuk mengetahui kaedah pedagogi secara lebih teratur dan untuk berkongsi secara lebih teratur.suasana pembelajaran bagi membentuk makmal bahasa multimedia dari segi kemudahan kepada pelajar untuk membuat kerja. Kaedah ini juga dapat meningkatkan kefasihan bahasa pelajar bagi menjana masa depan yang lebih cerah yang mana dengan adanya sistem pembalajaran seperti dapat membantu pelajar dalam membuat persiapan kerja untuk masa akan datang.



 RUJUKAN

 Noraien Mansor. (2006). Collaborative Learning via Email. Kuala Terengganu: UMT  Publisher
Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim. (2019). Eh!!! Media Sosial. Terengganu: Penerbit  UMT

Harga Buku: RM60.00 sahaja demi nilai sebuah ilmu




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

BBM3410Satu2019: VLOG MAKANAN INDIVIDU

Assalamualaikum pada bahagian ini saya akan bercerita tentang video vlog makanan yang mana ini merupakan individu tetapi saya telah memilih ...

data-config="{'skin':'skins/scmGreen/skin.css','volu