Hasil penulisan buku ‘ kajian Wacana dan
Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi yang mana banyak menyatakan tentang
teknik penulisan dalam komunikasi dalam bab 1 telah menyatakan apa itu wacana
yang mempunyai unit bahasa dari segi kesantunan fikiran melebihi batas ayat
semasa membuat penulisan.kajian wacana yang dihasilkan juga membawak isu cara
pertuturan yang betul, penceritaan, pengalaman dan penulisan novel,cerpen,
puisi,surat.penulisan wacana telah memberikan satu permahaman akan menjadi
jelas apabila seseorang itu mengetahui setiap wacana yang disampaikan. Selain itu,
dalam bab 2 teori dan pendekatan wacana yang mana teori merupakan satu kaedah
yang memudahkan pendekatan kajian
dilakukan dari segi pengulasan. Dasarkan teori setiap wacana dapat dinyatakan
dengan menggunakan analisi di sebalik ayat yang dihuraikan.dalam bab 2 ini juga
telah menyatakan ulasan pendekatan wacana telah dibahagikan kepada tujuh jenis
yang mempunyai peringkat yang telah dibahagika. Setiap teori yang digunakan
dapat dilakukan dengan membuat analisis data yang diperoleh. Wajar jika setiap
teori dan pendekatan yang sesuai diutamakan bagi setiap hurain dan analisis
data dapat difahami dengan jelas.Disamping itu, analisis wacana tekstual dan
ujaran pada bab 3 yang mana telah menyatakan tentang nilai sosial diterapkan
dalam kumpulan masyarakat dan individu seperti keluarga, jiran tetanga,pelajar
sekolah,pelajar universiti, masyarakat setempat dan individu. Hal ini juag
banyak menyatakan cerita seperti watak
yang perlu dicontohi,perwatakan nilai ,latar cerita yang mudah difahami serta
budaya masyarakat.penerapan nilai murni dengan menggunakan animasi dapat
menarik minat pembaca. Seterusnya, strategi komunikasi merupakan satu percubaan sistematik merupakan satu kod
bahasa yang boleh memudahkan orang lain membaca apa yang ingin
dinyatakan.komunikasi ini boleh dilakukan dalam kumpulan kecil dan besar dengan
menggunakan teknologi digital bersesuaian dengan masa,tempat dan keadaan. Taksonomi
dan pendekatan strategi komunikasi bab 5 yang mana peninggalam mesej,
pengelakan topic, penukaran mesej,penghampiran,penggunaan perkataan semua
tujuan dan penciptaan kata baharu. Kajian analisis strategi komunikasi dalam
kalangan kanak-kanak yang mana telah menyatakan singkatan kata bagi bahasa yang
selalu digunakan kanak-kanak semasa
berkomunikasi bersama mereka.
Akhirnya,
cadangan kajian akan datang dalam bab 7 telah menyatakan pemahaman setiap tulisan,teks,ujaran
dan interaksi berkaitan dengan wacana kajian. Bahasa isyarat telah memberikan
satu makna kepada mereka yang tidak dapat berkomunikasi dengan baik. Dengan menggunakan
bahasa badan. Bahan bercetak seperti akhbar berbentuk pengetahuan berita. Hasil
kajian buku ini telah memberikan banyak kelebihan dari segi pengetahuan tentang
strategi dalam komunikasi media dan komunikasi biasa.pembentukan teori juga
telah menjadikan ulasan hasil kajian lebih jelas dibuat rumusan kajian dan ini
dapat membantu pembaca untuk memahami penulisan dengan lebih menyeluruh.
Rujukan
Normaliza Abd Rahim.2019.Kajian Wacana dan
Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi.Universiti Malaysia Terengganu 21030
Kuala Nerus Terengganu.
Harga Buku RM 20.00
Tiada ulasan:
Catat Ulasan