Isnin, 30 September 2019

BBM3410Satu2019 SUATU KETIKA

Pada Suatu Ketika...


Cerita yang tidak dapat aku lupakan dalam sejarah adalah aku kehilangan seorang abang yang  meninggal dunia akibat sakit dan ini menjadikan aku anak tunggal dalam keluarga semua perkara yang aku hadapi perlu lebih tabah dan liku-liku kehidupan. Walaupun dahulu aku ada abang dan kini aku harus terima kenyataan bahawa perancangan allah itu lebih baik dari segalanya, Apa yang telah berlaku kita harus terima dengan redha walaupun itu susah untuk kita terima tapi kita harus terima juga. Memiliki keluarga yang bahagia merupakan satu kelebihan pada semua orang tetapi kita harus ingat walaupun apa yang berlaku kita perlu terima dengan baik.Kenangan yang tidak dapat aku lupakan juga adalah semasa mereka hantar aku ke Universiti Putra Malaysia yang mana banyak masa yang telah keluarga aku habis kerana hendak hantar aku ke UPM.Demi masa depan aku dan untuk keluarga

BBM3410Satu2019 TIPS BELAJAR DENGAN MUDAH






BELAJAR DENGAN BETUL...


Semoga dengan tips ini dapat lagi berkongsi lebih lagi cara belajar dengan semua masyarakat.Dengan kaedah ini kita dapat lagi belajar dengan lebih betul dengan membuat nota mudah atau lebih dikenali sebagai nota kecil dan ini memudahkan kita untuk membaca isi penting dalam setiap isi.Hal ini kerana dengan kata kunci kita boleh ingat semua isi bagi sesuatu jalan cerita. Selain itu, dengan hafalan kita juga boleh ingat setiap isi ditulis.Sebagai contoh bagi nota sejarah kita hanya belajar untuk ingat kata kunci bagi tahun kerana dengan tahun berlakunya sesuatu peristiwa seperti cerita lama. Dengan nombor yang mempunyai kod bagi sejarah dan ini akan memudahkan otak manusia untuk ingat.Disamping itu, membuat nota warna kerana melalui warna boleh menarik perhatian untuk membaca.Seterusnya,kita perlu membaca di awal pagi dengan suasana yang sunyi dan ini lebih baik untuk kita belajar dengan betul.

Selasa, 24 September 2019

BBM3410Satu2019: Masih Di sini

Pengalaman merupakan satu benda yang sukar untuk kita cari yang hanya boleh berlaku apabila kita sendiri merasai dan sertai program tersebut. Dalam kisah hidup aku pada hari ini aku mula belajar banyak pengalaman:

1) belajar cara membuat blog dengan betul yang  mana penulisan di blog amat sukar dalam menyatakan pendapat

2) Dapat belajar cara untuk membuat duit dengan hanya menulis di blog sahaja.

3) Dapat belajar kelebihan membuat iklan di blog.

4) Aku juga mempunyai pengalaman diri yang tidak boleh dilupakan iaitu, berjalan di Kuala lumpur dengan menaiki MRT dan pernah juga sesat jalan dan terlepas bas untuk pulang ke kolej.

5) Dalam hidup ini aku juga mula sedar bahawa kita perlu untuk belajar hidup dengan redha dengan apa yang berlaku tetapi kita perlu usaha lebih jika mahukan sesuatu.

6) Masih di sini membuat tugasan kerja dengan penuh redha pada tahun akhir. Pada masa sama aku juga dapat belajar banyak benda baharu dari orang yang berbeza dengan penuh redha.







Ahad, 22 September 2019

BBM3410Satu2019: Etika Penulisan Blog


1.Tajuk yang menarik yang boleh menarik perhatian pembaca

Setiap penulisan blog seorang penulis itu perlulah membuat permilihan tajuk menarik kerana pembaca pada masa kini lebih tertarik kepada tajuk yang mempunyai isu yang jarang mereka dengar. Hal ini kerana setiap penulisan blog mempunyai isu panas dan terkini. setiap tajuk yang mereka pilih akan sentiasa menjadi perhatian pembaca untuk mengetahui isu apa yang akan dikeluarkan pada bulan ini.Dengan pemilihan tajuk yang menarik dan penggunaan bahasa akan menyebabkan mereka tertanya apa maksud di sebalik tajuk tersebut dan ini menyebabkan mereka terus ke blog untuk membaca apa cerita di sebalik tajuk tersebut.



 2.Cerita menarik yang dapat menarik hati pembaca

 Setiap jalan cerita yang hendak dilakukan perlulah mempunyai kisah yang dapat menarik minat pembaca. sebagai contoh,cerita tentang isu politik dan cerita artis perlulah ditulis dengan menarik dengan menggunakan ayat yang menyebabkan mereka ingin membaca dan mengetahui apa kisah tersebut.Seorang penulis blog perlulah bijak dalam bermain dengan ayat untuk membuatkan pembaca tertanya-tanya apa yang berlaku dan apa kisah disebalik semua yang berlaku.sebagai contoh, jalan cerita seperti ARTIS Ditangkap Khalwat dan ini akan menjadi satu isu yang ingin semua pihak baca apa isi yang dihuraikan dalam cerita tersebut dan ini menyebabkan blog itu menjadi pilihan kepada pembaca. Setiap cerita itu perlulah releven dengan keadaan semasa dan ini menyebabkan ramai pihak memilih untuk membaca blog.


3.Masukan ayat yang humor dan berbentuk jenaka untuk membuatkannya lebih menarik 

 Penulis blog perlulah membuat dan mengunakan ayat humor seperti perkataan yang kelakar agar pembaca dapat melihat dan terus ingin  membaca apa tajuk itu sebagai contoh tajuk, rempit malam jumaat.Berbunyi agar kelakar tetapi dengan tajuk humor menyebabkan pembaca akan terus mencari anda pada masa akan datang dengan menggunakan kata kunci yang kelakar. setiap isu yang dikeluarkan akan menyebakan mereka tanya apa itu rempit malam jumaat dan isu yang hendak dinyatakan adalah tentang masalah gejala remaja pada masa kini semakin teruk dan ini menyebabkan bahaya kepada pengguna jalan raya yang lain.Setiap ayat humor yang di gunakan perlulah menarik dan perbagai ini menyebabkan ia menjadi  tanda ingatan kepada pembaca setia blog anda.


4. Memastikan terdapat hujah terbaik untuk menghuraikan penulisan anda
  Setiap isi yang hendak di tulis oleh seorang blog perlulah mempunyai hujah yang kuat agar dapat menyakitkan pembaca tentang setiap isu yang dibawak. seorang penulis perlulah membuat hujah daripada mereka yang berpengalaman tentang sesuatu isu.Hal ini agar masyarakat dapat menilai sendiri tentang berita yang mereka baca. Sebagai contoh, isu tentang hak masyarakat dalam membuat pemilihan wakil rakyat perlulah mempunyai hujah yang kuat dalam menyatakan isu tentang masalah yang berlaku.setiap hujah yang di tulis perlulah diperbagaikan kerana kesalah membuat hujah menyebabkan mereka salah faham.

5.Kaitkan penulisan anda dengan berita terkini

  Seorang blog perlulah membuat penulisan yang mempunyai kaitan dengan berita  terkini.Setiap berita yang hendak ditulis perlulah membuat pilihan tentan kawasan sekitar. Sebagai contoh, isu tentang jenayah dadah yang dikatakan mempunyai masalah terbesar dan ini menyebabkan pembaca ingin membaca setiap isu yang anda kupas tentang apa masalah yang berlaku dalam masrakat. seorang penulis blog juga harus bijak dalam mencari kata kunci setiap masalah yang berlaku di sekitar mereka.  Penulisan yang terkini mukin akan menjadikan blog anda berada dalam pilihan nombor satu carian untuk mengetahui apa yang berlaku di sebalik semua kes termasuk isu tentang artis dan politik negara yang telah menjadi salah satu isu panas dan sentiasa menjadi isu percakapan masrakat.

6.Gunakan perkataan dan struktur ayat yang ringkas 
 Seorang penulis perlulah bijak dalam membuat pemilihan kata kunci bagi sesuatu isu yang berlaku seperti ayat ringkas dan menjadi sebutan yang mudah untuk dinyatakan. Sebagai contoh,ayat seperti 'Artis Malaysia Nikah lari" dan " Malaysia Maju jaya 2020" ayat seperti ini perlulah ditulis oleh penulis blog agar menjadikan ia tertarik untuk membaca dan ini juga boleh menjimatkan ruang untuk penulis menulis isu masalah yang berlaku.Selain itu, isu yang digunakan ini juga boleh menjadikan satu sebab utama masyarakat lebih berminat untuk membaca kerana mempunyai ayat yang ringkas dan mudah untuk difahami.Sesuatu isu yang ditulis mempunyai ayat ringkas akan menark minat mereka utuk membaca apa yang berlaku . Penggunaan ayat yang kemas dan teratur akan menjadikan mereka mudah untuk dibaca.

7.Dapat dibaca dan difahami 

 Isi yang ditulis perlulah mempunyai bahasa yang mudah dibaca dan difahami dan tidak mempunyai jalan cerita yang mempunyai persoalan dan ini menjadi salah satu utama mereka berminat untuk membaca.  isu yang mudah dibaca dan difahami seperti kronologi dalam politik dan isu semasa mesti dibuat dalam bentuk mudah untuk dibaca dan ini menjadi mereka tidak lagi tertanya-tanya apa yang telah berlaku dalam isu yang di kupas dan ini telah memudahkan mereka untuk tahu masalah dalam masyarakat. Setiap penlisan perlulah di tulis dengan menggunakan bahasa melayu dan tidak bercampur dengan bahasa asing kerana setiap pembaca blog tidak semuanya daripada yang berpendidikan tinggi.

8. Dapat berkomunikasi dengan pembaca 
   Setiap isu yang ditulis dalam blog perlulah lebih terbuka dan tidak terlalu tertutup agar pembaca dapat menyatakan tentang masalah dan pandangan mereka tentang isu yang di kupas.Seorang penulis blog harulah mempunyai sifar terbuka dalam menerima pandangan orang ramai tentang berita yang hendak dinyatakan dan ini menjadikan penulis blog dapat menulis dengan baik. setiap isu yang di tulis tidak berkaitan degan isu kaum,agama dan budaya. sebaliknya isu itu perlulah terbuka dan dan dapat menarik minat mereka untuk terus membaca blog anda. Sebagai contoh isu entang masalah negara yang ditulis perlulah lebih bersifat terbuka dan penulis perlulah boleh menerima pandangan orang luar dalam isu yang mereka tulis.

9. Masukkan  moral dan nilai estetika dalam penulisan anda
  Seorang penulis blog perlulah membuat penulisan yang mempunyai unsur estetika dalam penulisan agar isu yang mereka tulis itu dapat menarik minat pembaca untuk mengetahui keindahan yang ada dalam penulisan blog anda. Melalui unsur ini penulis boleh memberikan pendapat kepada masyarakat secara baik dengan tidak menyakitkan hati sesiapa. Setiap penulis perlulah memasukan isu moral dalam penulisan dengan ini dapat menjadikan cotoh kepada masrakat luar dan ini dapatsedarkan mereka tentang apa yang perlu ada dalam diri mereka.setiap moral yang ditulis perlulah menarik. Sebagai contoh, "Satu bangsa Malaysia" perlulah bersatu moral yang dinyatakan setiap kaum di negara ini perlulah bangkit untuk memajukan negara dalam wawasan 2020 demi kemajuan Malaysia.

10. Berilmu untuk penulisan pendidikan
     Seorang penulis perlulah membuat penulisan yang mempunyai berita yang boleh memberikan ilmu pengetahui kepada masyarakat seperti penulisan pendidikan. Penulis blog berilmu untuk penulisan pendidikan mempunyai permahan yang tinggi dalam membuat penulisan di blog agar apa yang mereka kongsi tidak berlaku pertindihan fakta. Setiap huraian yang tulis perlulah mempunyai pandangan dari mereka yang bijak pandai dalam isu yang di kupas. Contohnya, isu yang mereka hendak tulis perlulah mempunyai ilmu yang dalam bagi sesuatu isu.Hal ini akan menyebabkan masyrakat tidak lagi tertanya apa yang berlaku dan ini boleh menarik minat pembaca untuk melihat blog anda bagi membuat penulisan pendidikan . Dengan ini blog anda akan sentiasa menjadi pilihan utama masyarakat untuk mengetahui isu yang berlaku.
      


 Rujukan:Menurut Normaliza Abd Rahim (2014) dalam Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019)




BBM3410Satu2019: Nenek dan Datuk

Hari ini Alim dan keluarga pulang ke kampung nenek dan datuk di kajang . Alim tidak sabar untuk pulang dan bermain dengan ayam dan itik nenek dan datuk di kampung.Alim keluar dari kereta mencari ayam dan itik namun tidak berjumpa. Alim sedih dan marah.Nenek dan datuk berlari mendapatkan Alim yang sedang menangis di tepi reban. Alim tidak faham mengapa ayam dan itik tidak ada dalam reban. kelihatan datuk berada di reban ayam dan itik baharu 50 meter dari reban lama.Dari dapur alim ketawa bersama abang dan kakak sambil menonton cerita kartun.

Rujukan :Normaliza Abd Rahim.(2019).Kajian wacana dan strategi komunikasi teori dan aplikasi.Universiti Malaysia Terengganu.




Jenis multimedia yang boleh digunakan bagi tujuan penyebaran cerita sosial tersebut.


Facebook
Dengan menulis balik jalan cerita yang hendak disampaikan dan ini akan menarik lagi masyarakat untuk membaca apa yang berlaku. Melalui penyebaran di facebook ibu bapa akan membaca dan mereka akan ceritakan apa yang berada dalam cerita tersebut. Hal ini kerana di facebook semua berita dan info dapat disebarkan dengan meluas.

Twitter
Melalui penulisan di twitter akan menjadikan lebih menarik kerana pembaca di twitter banyak terdiri daripada golongan muda dan dengan cerita ini dapat menarik minat mereka untuk membaca


Youtube
Membuat filem animasi dan hantar ke you tube akan menjadikan lebih mudah cerita ini di kongsi kepada orang ramai. Kanak-kanak pada masa kini lebih suka  bermain talifon dengan melihat video kartun di youtube.

Isnin, 16 September 2019

BBM3410satu2019: SAYA FAHAM

Lagu & Lirik : Profesor Dr. Normaliza Abd Rahim
Hak cipta : Universiti Putra Malaysia

Saya Faham

Saya kata " Apa khabar"
Dia jawab "Khabar baik"
Ucapan untuk dia
Ucapan untuk saya

Selamat pagi, tengah hari,petang,malam
untuk dia
untuk saya

Terima kasih
sama-sama
untuk dia
untuk saya


Terima kasih
Sama-sama
untuk dia
untuk mereka

BBM3410satu2019: DIRI






Nama saya Muhamad Noor Hisyam Bin Yusoff   no. matrik 191056 berasal dari Kota Bharu Kelantan lahir pada 10/3/1996. saya telah bersekolah rendah di Sekolah Kebangsaan Paloh Pintu Geng dan Sekolah Sekolah Menengah Kebangsaan Pintu Geng. selain itu, di peringkat universiti saya telah belajar di Universiti Putra Malaysia berumur 23 tahun. sekarang berada di tahun akhir dan telah mengambil matapelajaran BBM 3410 Multimedia dalam Bahasa.


BBM3410Satu2019: VLOG MAKANAN INDIVIDU

Assalamualaikum pada bahagian ini saya akan bercerita tentang video vlog makanan yang mana ini merupakan individu tetapi saya telah memilih ...

data-config="{'skin':'skins/scmGreen/skin.css','volu