Rabu, 9 Oktober 2019

BBM3410Satu2019: Ulasan Bab 6 Di Dalam Kelas Bahasa

 

 Blog merupakan satu alat komunikasi yang menjadi salah satu kemudahan pada masa kini. Normaliza Abd Rahim(2014) blog medium perbincangan bertulis sama ada dalam bentuk formal atau tidak formal.Blog merupakan satu alat rangkaian sosial dan meduim komunikasi (Li& Chignell 2010). Menulis blog merupakan satu aktiviti yang berguna bukan sahaja untuk meningkatkan keyakinan dalam menulis tetapi juga sebagai motivasi untuk belajar secara lebih kreatif. Pada masa yang sama blog juga boleh dikongsi dengan cara meninggalkan komen untuk dibaca oleh pembaca.

Penulisan blog juga meningkatkan keyakinan dari ,kreativiti,pemilikan dan membangunkan komuniti melalui penulisan formal. Blog merupakan laman web yang dikemas kini mengikut susunan kronologi manakala bahasa yang digunakan juga tidak formal dan kurang terhad (Nowson,2006).Blog juga merupakan satu medium dialog di antara penulis blog dan pembaca dengan pembaca yang lain dan penulis blog dengan penulis blog yang lain.Selain itu, Blog juga menawarkan alat teknologi peluang kepada pengguna untuk menyusun maklumat,menyiar dan berkongsi idea,maklum balas,memberikan komen. Blog juga dikatakan alat yang boleh membantu komunikasi antara pelajar dengan pelajar yang lain atau pelajar dengan tenaga pengajar bagi menyelesaikan tugasan untuk mengekalkan hubungan sosial (Wang,Woo &Zhao,2009).

Disamping Itu, penulis blog boleh menjadi terkenal disebabkan ia privasi dan dalam masa yang sama penulis dapat meluahkan idea mereka dengan cara yang unit.Pada msa yang sama terdapat sepuluh cara untuk membuat penulisan blog dengan baik.

1.Tajuk yang menarikperhatian pembaca

2. Cerita menarik dapat tarik hati pembaca

3 Memasukkan ayat yang humor dan berbentuk jenaka untuk membuat lebih menarik

4 Memastikan terdapat hujah terbaik dalam huraian blog

5 Kaitkan penulisan blog dengan berita terkini

6 Gunakan perkataan dan struktur ayat yang ringkas

7 Dapat dibaca dan difahami

8 Dapat berkomunikasi dengan pembaca

9 Masukkan moral dan nilai estetika dalam penulisan anda

10 Berilmu untuk penulisan pendidikan 

 

 Seterusnya, gunakan perkataan dan struktur ayat yang ringkas juga merupakan etika yang penting. Hal ini akan dapat membantu pembaca membaca blog dapat dibaca dengan baik oleh pembaca Dengan penulisan yang baik sudah tentu dapat difahami dengan mudah oleh pembaca.Dalam penulisan di blog bersifat dua hala. Pada masa yang sama seorang blog perlu masukkan moral dan nilai estetika dalam penulisan mereka. Etika ini penting kerana penulisan yang baik perlulah mempunyai mesej yang baik.Penulisan blog juga dapat meningkatkan kemahiran menulis pelajar di samping dapat menyebarkan ilmu.

 Kesimpulan blog dapat membantu pelajar untuk mempejari kaedah penulisan dengan betul. Pada masa yang sama dengan menggunakan blog dapat membentuk keyakinan pada diri pelajar itu sendiri semasa membuat penulisan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

BBM3410Satu2019: VLOG MAKANAN INDIVIDU

Assalamualaikum pada bahagian ini saya akan bercerita tentang video vlog makanan yang mana ini merupakan individu tetapi saya telah memilih ...

data-config="{'skin':'skins/scmGreen/skin.css','volu